Saturday, March 29, 2008

+karnival kerjaya 2008 uthm+

+u.p.d.a.t.e b.l.o.g?b.z l.a...=(+

+V.I.P terhormat+

haa....tau nape aku dah jarang update blog skg?huhu...tgok la kat atas...aku kan tetamu kehormat..bnyak function aku kena g minggu ni nak rasmikan majlis diorg...so,minggu ni turn karnival kerjaya kat uthm lak...ngehe..poyo jek..berangan lak aku nak jd v.i.p...haha=p

hurm....biasa la jd ajk protokol ni...remeh skit.bnyak mende nak kena wat...teks ucapan utk MC,perasmi,pengarah program,naib cancelor..pastu kena wat kad jemputan lak,sediakan gimik n montaj tuk perasmian dan lelain lg...mmg penat tak pyah cakap la...so...minggu ni kurg skit la msa aku spend ngn 'king of my heart'..huhu..cian dia..sorry dear..naseb bek dia paham...

sbenarnya mata aku pon da kuyu cam garfield ni...tak larat la nak taip pepanjang ni...kalau korg nak tambah,tambah le sendrik ek???sekian mekasih...mau tido da.....q(-_-)p kroihh...kroiiihh...

Monday, March 24, 2008

Saturday, March 22, 2008

+IkLaN mAnGsA CiDB+

+CEC victims!+


Mereka adalah di antara 160 orang mangsa program Cidb (gReEn CArD) yang telah di jalankan oleh sebuah kelab yang (bernama) pada 2 jan 08 yg lepas...kegiatan haram yg di jalankan oleh kelab tersebut terbongkar apabila satu taklimat berkenaan LI diadakan secara mengejut utk para pelajar yang bakal menjalani LI semester ni (tp cam hampeh,kansel tetibe lak).

Menurut sumber yang boleh dipercayai (sumber:yie da kelisa), jumlah wang yg digelapkan oleh kelab ini mencecah sehingga rm3200...damn!

berbalik kepada objektif poster ini...
  1. seorang jurutera haruslah beretika dan tidak mementingkan diri sendiri.
  2. Tidak menerima sebarang rasuah atau keuntungan semata2 demi kepentingan diri sendiri
  3. memikirkan kepentingan org lain
  4. jauhi sifat tamak,makan duit org
  5. tak payah susah2 cr tajuk JM..dpan mata dah nmpak...
  6. (CE* YANG TIDAK BERETIKA!)

+go go PoWERoOt rAnJeS+

+mereka telah mencubanya...dan menjadi hebat seperti power ranjes...anda bila lagi???+

Wednesday, March 19, 2008

+10 ciri lelaki idaman wanita+

Berdiri di hadapan cermin, lihat diri anda. Adakah anda setampan Shah Rukh Khan? Adakah otot-otot anda segagah Arnold Schwarzenegger?

Dengan ketinggian yang anda ada, mampukah anda memikat model secantik Nasha Aziz? Adakah gaji anda cukup lumayan bagi menakluki hati gadis-gadis jelita untuk dijadikan isteri?

Sambil berdiri di hadapan cermin, tanyakan soalan ini, “Adakah aku memiliki ciri-ciri lelaki yang diidamkan wanita? “Kalau masih belum pasti, di bawah ini adalah 10 lelaki yang paling dikehendaki oleh kaum Hawa iaitu….

1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.

2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”

3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”

4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.

5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.

6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.

Adakah ketampanan, gaji dan otot-otot sasa di badan anda relevan dengan ciri-ciri di atas?

Tuesday, March 18, 2008

++tips untuk menjadi pelajar cemerlang++


dah banyak sangat merepek dlm blog aku ni..skali skala aku kena la neutralkan balik ngn bnda2 yg berpekdah..hehehe.ha,sempena ngn minggu test n exam yg bakal menyerabotkan semua pemikiran makhluk yg bertitlekan 'student',kat sini aku ada bende skit nak share ngn korg...

gagal kerana sering tak dapat A dalam exam? terase bodo cam lembu dikalangan rakan2? kene marah ngn makabah sebab tak cemerlang dalam final?

jgn risau.aku ade tips untuk mengatasi masalah korang.

dunie ni memang penuh dgn masalah. masalah hidup, masalah pelajaran, masalah putus cinta, masalah perut buncit dan bermacam2 masalah lagi.

tapi semue masalah, konfirmation pasti ade jalan penyelesaiannya. sbg contoh.. kalau lapar, makan. kalau dahaga, minum. kalau rambut buruk, pergi la saloon. kalau penat jalan kaki, naik kete. kalau dah tau tak hensem, takyah la nak ngorat awek yg nak boyfren yg hensem. kalau tak tahu, tanyela. kalau nak kene tumbuk, tanye la banyak2 kali sampai orang yg ditanyakan naik hangin.

simple kan?

jadi kalau tau nak dapat A dlm pelajaran. belajar la.

memang sakit hati la kalau aku tulis camni kan? korang musti tak puastinyer. sabar dulu, aku blom abih tulis lagi ni.

kat meshia ni senang je. untuk jadi pelajar yang cemerlang yg paling utama skali. skill MENGHAFAL perlu oustanding. maknenye boleh menguasai hikmat menghafal dengan flying colours.

mengikut pengalaman aku. kenape aku sering gagal untuk 'mengembangkan' hidung mak abah aku dalam arena pembelajaran ni adelah kerana aku malas gila nak menghafal,tau melukih,conteng sana,conteng sini... padahal senang gila nak dapat A.

ni ikot pengalaman aku. step2 nak score A dlm study.

1.beli buku yang disarankan oleh lecturer.
2.make sure attendencies melayakkan korang mengambil final. tak kesah la korang nak ponteng class ke. nak suruh org lain signkan attendence. nak pakai double ke. nak jujur dtg ke setiap klass ke ape.
3.baca buku (mulekan dgn bismillah dan doa nak blajar)
4.hafal isi kandungan buku tu.
5.hafal lagi.
6. pakse diri hafal setiap kandungan buku tu.
7.hafal lagi dan lagi.sampai dah takde bende yang nak dihafalkan lagi. (nak daat A ke tak ni?)
8.pergi ambil exam. jgn tak hafal pulak name dan nombor matrix.pastu nama lecturer yg mengajar!kang nama en bambang jd bambang tjahjanto,en dwi lak i.r dwi prihartanto...konpem msti korg fail pnya subjek tu!!!hahaha
9.luahkan kembali ape yang korang hafalkan itu.
10.rebus sgala nota2 korg then wat sup!minom...bekesan ni!!!hahaha.nak mati cube la!
11. tada!!



dapat lah korang A dan kalau gempak lagi tambah 2 bintang kat atas A tu.

pemikiran kritis dan kreatif??tak perlu ambil peduli.

simple kan?

tapi ade orang kata. belajar ilmu dgn ikhlas untuk digunekan dalam kehidupan harian dgn belajar ilmu untuk dpt cemerlang dlm final adelah berbeza. seriously kan, kalau korang blajar untuk prekse. abis prekse je banyak yang korang hafal tu hilang camtu jer, berbanding dgn blajar untuk digunekan dalam kehidupan seharian.sampai mati ingat.aku pon slalu jd cmni gak...blaja sbb nak test je..ish2 ape la nk jadi ngn aku ni?

aku agak bersetuju dgn kate orang itu.


~i'm not perfect okay?~
+tenkiuw+

Monday, March 17, 2008

++mona&mana da series++

~who is da cutest?~

...semakin tinggi tahap ketensionan aku,makin banyak la aku mrepek,mencarut,merapu kat blog aku yg ntah pape ni...haha.ntah la,keje mmg bnyk,tp aku lbh suka wat bnda2 yg x pekdah mcm kat atas ni...xda keje saje je g cr keje.wei...projek concrete design bla nak siapkan woi?data analisis projek trafik mana???adoi...x berminatnye nak wat keje2 yg melibatkan pengiraan ni...tak pon yg melibatkan teori2 yg perlu di hapal dan di simpan dlam memori otak aku yg dah penuh ngn bnda2 tak sepatutnya di isi dlm kepala otak seorg 'student'.

hurmmmm....klu nak di ikotkan aku x minat sgt civil ni...minat aku lbh kpada 'artistic work'...bnda2 yg slalu leh wat aku tenang..damai..aman...ha,keje2 cmni la...aku lbh suka luahkan prasaan aku mlalui lukisan, tak pon keje2 seni yg aku wat n post kat blog ni...

nak wat cmne..dah mcm ni takdir pejalanan hidop aku..trima jela kan???haha..klu aku x dpat civil n smbg blaja kat sni (uthm) xda la aku jmpa korg kan???dan yg penting skali...kat sini aku jmpa ssorg yg mampu wat aku tersenyum...gelak2...teruja pon ada la skit..hehehe...saper lg klu bukan..[s][u][p][e][r][K][O][Y] da superb!

+h.o.w.'s m.y t.e.e.n.a.g.e l.i.f.e g.o.e.s o.n & o.n...+

+goat's lover =p+


+pair of eyes will kill your heart..cewahhh=p+


+sweet moment wif HIM+

Sunday, March 16, 2008

+Life is Tough and then You graduate+

Berikutan dari ketensenan aku smasa menyiapkan keje2 skola ku yg betimbun2 cam gunung lambak tu...tepaksa la aku memotivatekan dr aku sndr dgan mencari bhan2 yg kelakar berbentuk humor (cam comic) la...tetibe lak aku tejumpa satu poster ni..(cam kat atas)...
mmg betul kan? nak hdup ni bkan senang..klu syik senang je..tak fun & adventure la..dlm erti kata len mcm takda life jek kan?so,aku pon mula bersemangat balik...hehehe!come on cek feyza!lg setahun je..pastu kawennn!!!eh,eh..grad dlu la...en koy tak keje lg...hikhikhik...............!!!=p

+bile leh bernapas dgn aman ni???+

~me in bored~

wargghhh.......banyaknye keje skola yg nak di setelkan minggu ni...nak stdy tok test lg..nak hntar projek lg..minggu dpan ada presentation lak...tensen2...tak sabar nak tunggu sume ni belalu...hurmmm...skg dah x sempat pon nak ngumpat2..nak gosip2..bohsan tol!!!nmpak sgt aku terlalu le sebok..kekekeke=p

Saturday, March 15, 2008

+IN CINEMAS 30 MARCH+

+++SuPeRkOy da superb movie+++

+t.r.a.i.l.e.r+

This movie begins on KeY-eL, where SuperkOY's father sends him off to Earth as a young child. He grows up to be a perfectly normal dadih shop proprietor named Koy Dadeh. At least, he appears perfectly normal, until he transforms into SuperKoy - flying around with his underpants over his tights, saving the day. When the grop of evils YiE da Alien, Chris da mamee monster, RacHU da Arsengal terminator and Rose da Giant, plans to take over the world, SuperKoy is the only one who can stop them!

come and don't miss this top 3 movie!!!

Friday, March 14, 2008

+i m.i.s.s m.y m.r k.u.w.a.t!+


+betape kuwatnye dia..sang gajah pon tatot!!!+

...sob3 q(T_T)p hurmmm....tataw nak ckap pe...minggu ni cebok cgt...dah lame tak hengout ngn 'my mr kuwat'...windunye kat hidong die,taik lalat kat dahi dia & gigi kecik dia...=p nanti jumpe dia nak banjer dia makan esklem la!dia suke esklem koneto vanilla...hehe.k la...da tataw nak tulis pe..bnyk keje nak kena wat lg ni..chow!!~~~

Thursday, March 13, 2008

[m][o][n][t][o][t] [s][h][a][p][e] [k][e][n][a] [c][u][c][u][k]?[a][n][g][k][a][t] [t][g][n]...=p


dia pemalu orgnye...korg kenal x sape ni?

hahaha..cian gadis yg tunduk2 malu ni (name dirahsiakan kunun2 la sume org tataw lg sape dia ni=p) kena lak gastrik time class hydro ptg td...meraung dia dlm toilet kat bilik kuliah.muntah2, tekan2 pewot dia, nanges...si glo kwan sepejuangan pon merepot la keadaan si gadis ni kat dr Dwi.last2 sbb si gadis ni la klas kitowang btal ptg ni..hahaha=)

Aku,si koy dadeh & si glowRia pon angkut la dia g klinik...sampai kat klinik tut* dia kna cucuk..hehehe.cian dia...cakit katanye...alaa...cakit jap je tu kan2?esok2 baik la...jgn lupa ye mnum susu...bg neutral blik asid dlam perot ko tu!!!hahaha

Wednesday, March 12, 2008

+s.e.k.s.e.n.y.e m.e.n.u.n.g.g.u h.a.r.i.2 y.g m.e.n.d.a.t.a.n.g+

.....arghhhh!!!serabooooootnye pale otak aku ni...mkin bsar makin bnyk nak kena pikir..adus...alangkah baiknye kalau msa leh diputarkan balik..nak je aku kembali ke zman kekanak rebena ku...x pyah pikir pape..pikir nak maen ape ptg nnt dgn kwan2,pikir nak mkan ape pas balik skola,ke hulu kehilir kayuh gerek burukku (basikal dlm bhsa utara),main pondok2,aci ligan duduk (main kejar2 dlm bhasa utara gak) dan lain2...warghhhhhh...rindu zman silam...cam x caye je aku thn ni da nk msuk 22thn.rsa cam kecik je lg.ehehe...sume keje n urusan perbadi kene uruskan sendri..da x leh harapkan mak bapak...xda duit,da x leh mntak kat mak ayah...tak snggup aku asyik nak mintak je ngn abah..dia pon da le bnyk tnggungjwab...nak jga adik bradik yg 5 ekor lg kat umah..kambeng2 kesayangan dia lg...sian abah...so aku pon yg tgah kekeringan ni tepaksa le mencari rezeki sndr..jual jmbu n rojak di siang hr,malam lak aku meringankan tetulangku jual beger dr bilik ke bilik...naik sakit anak tekak aku jerit hari2 beger daging,beger ayam,benjo....hahaha.x pnah telintas dlm sejarah hdop aku pon nak wat keje2 cmni...malu gak..tp da desperate sgt...tepaksa le kan?skurangnye aku xda la wat keje2 mencurik cam si penyamun jambu aku tu...bek dia join aku jual jmbu or beger hr2 lg pekdah.aku bg la dia gaji skit.hahaha...hurm...korg sapot la aku ek?harap2 aku leh jd seorg yg tabah & bertambah matang pasni..cewahhh poyo jek..matang la sgt.=p

*p/s - kepada kengkawan yg dah bnyk sapot aku,thanx a lot ya!
penghargaan kepada:
+c.r.i.s.s+tumpang umah potong buah =p
+k.o.y+moral sapot
+p.a.k c.i.k b.u.a.h j.a.m.b.u+hrga jmbu kasi diskaun
+p.a.k c.i.k p.e.n.d.i beger+hntr beger hr2 kat aku

Friday, March 7, 2008

+[s][h][e] [l][o][s][s] [h][e][r] [f][a][k][e] [t][e][e][t][h]!+

+senyuman tanpa sebatang gigi palsunye+

...kruuukkk...aduh mak,pewot aku tetibe je mengalunkan irama ntah pape...tandanye sang cacing2 dlam pewot aku da kebulor nak makan.Kat hostel tinggal aku ngn sorg rumet aku..yg len suma balik nak ngundi...huhu

Rasi :fyza,cafe tak buka la hr ni..cuti ngundi kot...sume tak bukak,tun ismail,tun
patimah,syed nasir pon..so,nak mkn katne?
Aku :dun worry la dude,aku pnjm moto Nisa kita g LINE cLEAR jom!!!
Rasi :Berehhhhh!!!

kitowang pon g la kuar tapau kat Line clear ni...siap singgah isi minyak moto,shoping skit,rayaw2 cuci mata..then tewos balik semula ke hostel...ha,hari ni lauk spesel skit,ikan bakar ngn udang goreng!!!nyummmy..sedapnye....tnpa belengah kitowang trus la mkan...lapar sgt smpai lupa nak cuci tangan..tp bismillah x lupa la..kang ramai lak pak ngn mak Tan tumpang sekaki makan ngn aku..keh3=p

Rasi :eh,eh...nape rasa kosong je ni???
Aku :nape?ape yg kosong???
Rasi :waaa....mna gigi aku ni?tetibe hile?(dlam pelat kelatenye)
Aku :cmne leh hilang?
Rasi :aku make pale ude(udang) td...tgok2 dah lesap gigi aku ni.
Aku :hang mkan pale udang ke,udang yg mkan gigi hang ni???konpius aku.(smbil tahan nak gelak)
Rasi : Jahat mu ni...ha,ni ada dlm nasik la pulok...waaaaa...bru je aku g simen gigi ni 3 thun lepas...
Aku :huk aloh..siannye...kena bape rat klu nak tanam?
Rasi :manataw...tp mahal la klu g swasta.
Aku :hehe..xpe,nnt aku tnya si koy..dlu pon gg dia ptah depan...kena dkat sribu dia kata...tp cute ape xda gigi...=p
Rasi :waaaaaaaaaaaaaaaaaa.....=(

+v.o.t.e f.o.r B.O.O.K+


...kepada sesape yg rsa dah tua...tp x sdar2 diri tu dah tua cpat2 la g daftar...haha...aku taw,ramai lg membe aku yg x dftar...si chris,si simah,kan2?temasuk la brader koy..syik wat dadeh jek,mna tanggungjawab sbg warganegara malaysia ni??? haha..kecoh jek aku ni.mentang2 bru dftar yek???huh,dulik ape aku..nak blagak skit,kononnye aku skg da msuk alam dewasa...hahaha=p lg 4 thun bru leh undi.wat msa skg aku vote buku la dlu..btui x???

Thursday, March 6, 2008

+e.n.v.i.r.o.n.MENTAL l.a.b+


...da biol otak kitowang cube memahami ape yg en shahabudin ajar pg td...mazhab dia laen,pastu tnya miss ho lak laen jd nye...last2 kitowang pon wat assumption sndr...tgah wat,alat lak wosak..dak yg gune sblm ni rosakkan..hampes tol..da lmbat keje kitowang...aduh...pasni repot mst tiwu owg lg sbb x paham...wadus....nape sem ni aku cam berada di atas awan ye???damn lg!hahaha=p

+t.r.a.g.e.d.i 6 m.a.r.c.h+

lagi kesan dari LI mengejut kpd aku:
1.da mula jd kaki ponteng,damn!
2.da pandai mencarut pekataan (damn)..sbnrnye x pandai guna..tgah praktis gune..ni koy yg ajar..slalu dia sebot aku dgar hr2..last aku pon terikut...hehehehe.=p
3.tetibe cam mlas blaja...tp seb bek ada koy jugak..dia bg moral support..."dia kata klu behenti blaja nant camne nak cpat dpat keje?bila da lmbt dapat keje lmbt la kaya,bila da lmbt kaya lmbat la kawen..kikiki=p tewos smgt balik blaja (cet,nmpk sgt aku blaja x ikhlas,bengong tol aku ni)
4.mental illnes..lebih kurang la...hahaha=p (nnt ok balik la,kang korg tamaw kawan aku lak pasni)
5.lastly,jd rajin update blog...sbb pe?..sbb tataw nak luah kat sape..nak kena sebar satu dunia bg semua owg taw..biar puas ati aku...lantak la kowang nak kata ape kat aku..jnji tekanan jiwa yg aku lalui skg skurg2nye terobat la sket....nak ngate silekan,kowg yg dpt dose..hik3...=p

Wednesday, March 5, 2008

+s.e.s.i.a..m.a.n.a d.u.i.t a.k.u g.i?+




kerugian:
1. kehabisan topop call company yg majoritinya da full...1 hr rm 10..3hr rm30...
2. sume company nak resume...tu pon x konpem lg amik ke tak...
3. bila dah wat resume so...kena la g antar cepat2 sbb company kata klu lmbat sorry...x dlayan...aku pon beli la 4 keping sampul pos xpress...rm4x4=rm16
4. tgah sibuk2 print resume..tetiba cartridge wat hal..alamak..rosak la plak...adoi la..duit lg..=(
5 hari ke 4= LI dikansel kan.....ha...ni yg wat aku hangen satu badan ni!!!!!waaaaaaaaaaaa!betapa sesianye keje aku minggu ni...

kesan dr LI mengejut:
1. kemurungan
2. kemarahan
3. hubungan aku ngn bf aku keretakan
4. tgok slide lecture tebayang sykt dunia gemilang sdn bhd,sykt perunding jadi sdn bhd..bla,bla,bla...
5. duit lesap bgitu saje...cam chipsmore
6. leteh yg amat sgt...
7. assgment tetangguh...
8. xda mood stdy...
9. rsa nak...nak ape ek?
10. malas cakap..kang timbul kontrovesi lak blog aku ni..huhuhu....

+d.i.a & a.k.u+


dia: ishk,awk ni..suka sgt minum teh ais!!!
aku: teh ais kan sedap..nape lak x leh minom?
dia: bkn x leh...teh ais,teh tarik..kan manis...tak elok la utk kesihatan...
aku : alamak...teh ais peberet drink la dr kecik..=( shedaynye x dpat mnom slalu...

tetibe je aku tringat pesanan si dia...dia mmg x suke aku minum teh ais kerap sgt..tp aku ni yg tolol sket..dgil nak mampos..last2 dia pon da x larat nak kasi kaunseling kat aku..hehe...skg aku da batok2..dah baek je aku mnum balik..pastu batok balik...x penah serik...ntah bile maw brubah da...dia mmg caring..betuah aku dpat die..nampak je si dia tu cam cool..tp penyayang siot...keh3=p mekasey ye kepada si dia yg bekenaan...jasamu dikenang q(^_^)p

Monday, March 3, 2008

+s.o K.i.Y.u.T L.O.L+

Si mAmA KuCing nGn bEbYNyA...so sweeeettttt...=)

aku amik gambar ni kat kedai buah msa aku nak g beli jambu hari ahad lepas...comelkan diowang anak beranak tido...hehehe

+S.o...s.o.r.r.y m.y D.e.a.r+

~mengusha si jejaka kacak berbaju kuning~

Sejak kebelakangan ni aku akui..mmg aku sebok gile & tekanan jiwa sket...ditambah lak ngn tetibe kena wat LI scara mengejut...mmg geram btol ngn pihak pengurusan Universiti.last2 batch aku jd mangsa...dah le tu...bila aku call pihak industri majority sume dah penuh...tensen2!sian lak kat En Idaman aku minggu ni..asyik nak kena mare je ngn aku..sowy yek syg?sowy sgt...thanx sbb memahami...mmg aku susah kalau xda dia dlam hdop ni...dia la yg bnyak bg moral support kat aku,bg semangat,mmg syukur dpat dia sbb dia still bertahan ngn aku sampai skrg...harap2 la minggu yg komplikated bg aku ni berlalu ngn cepat..x sbar nak hepy2 balik ngn putera idaman aku...hikhikhik...q(^_^)p mish u so damp!dear...